Khamis, 24 April 2008

bekas anggota A to Z(fendi) meninggal dunia..

ALOR STAR 23 April - Bekas anggota kumpulan A To Z yang popular dengan lagu-lagu daerah, Effendey Zainon atau Fendi meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), kira-kira pukul 9.30 pagi ini.
Effendey, 39, menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Norma Md. Akhir, 58, selepas dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Ahad lalu kerana sesak nafas.
Allahyarham yang masih bujang tinggal bersama keluarganya di Taman Harapan, Kuala Kedah, di sini selepas mengundurkan diri daripada dunia seni tanah air kira-kira 10 tahun lalu.
Menurut adik Allahyarham, Zaliawati, 32, abangnya tidak lalu makan sejak seminggu lalu dan dimasukkan ke HSB untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, pada Disember tahun lalu, Allahyarham yang merupakan anak sulung daripada empat beradik pernah diserang strok tetapi kesihatannya kembali pulih selepas itu.
"Bagaimanapun sejak seminggu lalu, kesihatan Allahyarham terjejas sehingga tidak lalu makan dan pada Ahad lepas, abang terpaksa dimasukkan ke HSB,'' katanya ketika ditemui di Taman Harapan di sini hari ini.
Fendi bersama dua lagi anggota kumpulan A To Z popular pada pertengahan 90-an menerusi lagu-lagu daerah seperti lagu Berdendang, Comel dan Iyo Ko.
Bagaimanapun, Allahyarham mengundurkan diri daripada persada seni tanah air selepas bersama kumpulan berkenaan selama kira-kira tiga tahun.
Zaliawati memberitahu, Effendy aktif sebagai pendakwah selepas meninggalkan kumpulan A To Z dan sering keluar ke merata tempat bagi menjalankan kegiatan dakwah.
Menurut beliau, abangnya juga pernah menyuarakan hasrat untuk membuka sekolah pondok di Langkawi.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kedah selepas solat Asar petang ini.

di petik daripada utusan melaysia..

al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya di letakkan di kalangan org2 yg beriman,amin...dah lama kumpulan A to Z ni takder,teringat lagi lagu-lagu derang ni dulu..mmg popular kumpulan ni dulu..lan A to Z pon tak tau mana pi dah skang ni..

Ahad, 20 April 2008

sudah tiada jodoh


Dunia hiburan tentu sekali tidak sunyi dengan percintaan artis yang bagai nak rak. Kemudian dimeriahkan lagi dengan majlis pertunangan dan perkahwinan yang penuh warna warni.
Tapi yang sedihnya, selepas semua itu berlalu, yang tak diingini pula berkunjung tiba. Perkahwinan artis pada hari ini banyak yang teruji. Mereka yang bahagia tiba-tiba diduga dengan kehadiran orang ketiga.
Ditambah pula apabila ada artis yang mendakwa rumah tangga diganggu oleh rakan-rakan sendiri. Dan yang paling menyedihkan apabila perkahwinan yang dibina atas dasar suka sama suka itu bertukar menjadi sebaliknya dan tidak mampu bertahan lama.
Mungkin ramai yang susah hendak mempercayai perkahwinan artis pada hari ini. Tetapi jangan pula menyangka perkahwinan yang tidak kekal itu hanya berlaku kepada artis. Ia juga terjadi kepada orang biasa cuma tidak dibicarakan di dalam media.
Merungkai kisah perkahwinan singkat di kalangan artis, Datin Natasha Hudson hanya mampu mempertahankan perkahwinannya dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih selama empat bulan sahaja. Tanpa mahu mengulas punca penceraian itu tetapi Natasha membuat pengakuan berani mengenai kegagalan rumah tangganya.
Selepas diuji dengan kekecewaan itu, dia dipertemukan dengan ahli perniagaan iaitu Datuk Shahrin Zahari tidak beberapa lama selepas kejadian berkenaan.
Selepas menjalinkan perkenalan itu, mereka akhirnya mendirikan rumah tangga pada tahun lalu di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur.
Selesai kes Natasha, timbul pula cerita Beego yang menghadapi kekecewaan terhadap rumah tangganya. Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah,29, berkahwin dengan Shahira Mohd. Shahru atau Intan,27, pada 28 Disember 2007.
Malangnya hubungan mereka menjadi retak selepas sebulan mendirikan rumah tangga.
"Saya cuba menyelesaikan masalah ini," kata Beego. Dan sekarang Beego dan Intan tinggal berasingan buat sementara waktu sementara menanti kes mereka dapat diselesaikan di mahkamah.
Mengimbas majlis perkahwinan mereka, ia diadakan penuh meriah kerana Beego dan Intan masing-masing anak pertama dalam keluarga. Tapi apa boleh buat sudah hidup mereka diuji sebegitu rupa, kedua-duanya pasrah.

Selasa, 15 April 2008

3 kemenangan julang united


MANCHESTER - Alex Ferguson gembira apabila pasukannya Manchester United menang 2-1ke atas Arsenal di Old Trafford sekali gus menghampiri kejuaraan liga musim ini.
Kemenangan itu meletakkan United mendahului enam mata mengatasi pasukan di tangga kedua Chelsea yang boleh mengurangkan jarak perbezaan kepada tiga mata jika mencatatkan kemenangan ke atas Wigan, pagi ini.
Namun, berbaki empat lagi perlawanan liga, Ferguson menyatakan pemainnya sekarang ini semakin hampir mempertahankan kejuaraan liga.
Selepas ini pasukan bimbingan jurulatih berbangsa Scotland itu akan menentang Blackburn dan kemenangan di Edwood Park membolehkan United menghampiri gelaran tetapi jika mereka mengalahkan Chelsea di Stamford Bridge pada 26 April ini, kejuaraan Liga Perdana England sudah pun menjadi milik mereka.

''Saya kata jika kami menang tiga lagi perlawanan kami akan bergelar juara.

''Kami melalui hari yang mendebarkan dan mempunyai masa satu minggu untuk berehat, sebelum bertandang ke Blackburn.

''Semua pemain tahu ini adalah perlawanan yang amat penting. Arsenal dan kami bersaing sesama sendiri untuk merebut kejuaraan selama 15 atau 16 tahun dan setiap kali perlawanan ia pasti akan dilalui dengan penuh emosi dan ini adalah salah satu perlawanan tersebut,'' kata Ferguson selepas menyaksikan United bangkit dari ketinggalan 0-1, terima kasih kepada Cristiano Ronaldo yang tenang mengambil sepakan penalti dan sepakan percuma yang menakjubkan daripada Owen Hargreaves.
Ferguson bersetuju pasukannya amat bernasib baik kerana dapat menewaskan Arsenal yang mendahului pada minit ke-48 melalui Emmanuel Adebayor bagi membolehkan peluang mereka untuk menjuarai liga kembali terbuka selepas tersingkir dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah minggu lepas di tangan Liverpool.

sean kingston'si gempal yg hebat'


WAJAH dan bentuk badannya tidaklah boleh dikategorikan sebagai menawan namun si gempal yang baru berusia 18 tahun ini sememangnya hebat.Popular menerusi lagu Beautiful Girls, Sean Kingston punyai keistimewaan tersendiri sehingga mampu diterima peminat di serata dunia.
Lupakan soal rupa paras diri, elemen percaya pada kemampuan diri serta berani, membuatkan dia kini seorang remaja yang cukup berjaya.
Berpaksi kepada bakat yang ada, dia tidak memerlukan paras yang menawan untuk mengecap populariti sama seperti beberapa lagi artis antarabangsa lain.
Terbaru, Kingston diterbangkan khas oleh Maxis Communications Berhad (Maxis) melalui jenama prabayarnya, Hotlink dan Hitz.fm untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur.
Bertemakan Sean Kingston Beautiful Girls World Tour 2008, Sean menemui ribuan peminatnya di negara ini dalam satu persembahan di Kelab Zouk, Jumaat lalu.
Lagu-lagunya yang segar membuatkan persembahannya pada malam itu dinanti-nanti oleh peminatnya.
Meskipun hanya persembahan ringkas dengan enam buah lagu iaitu Beautiful Girls, Me Love, Take You There, Kingston, There's Nothing dan Dry Your Eyes, Kingston nyata tidak mengecewakan.
"Muzik sudah menjadi sebahagian daripada hidup dan seronok rasanya apabila melihat peminat-peminat gembira dengan persembahan saya," katanya.
Jelas Kingston, memiliki album yang mencatatkan jualan terbanyak, peminat di serata dunia dan peluang menjelajah beberapa negara dengan mengadakan persembahan merupakan impiannya selama ini.
"Justeru itu, sekali lagi ditekankan, saya tidak menyesal terhadap apa jua yang saya lakukan selama ini termasuk meninggalkan keseronokan zaman remaja," ujarnya yang pernah menerima anugerah lagu R&B pilihan di Teen Choice Awards menerusi Beautiful Girls, tahun lalu.
Bakal tampil dengan album baruSelepas berjaya mencipta populariti menerusi album sulung, Kingston menyatakan rasa tidak sabarnya untuk menghasilkan album kedua.
Menariknya, untuk album kedua kelak, Kingston bakal mendapatkan sentuhan kerjasama dengan beberapa nama besar seperti Timbaland dan Fergie.
"Saya pun tidak pasti bilakah tarikh sebenar ia akan dipasarkan. Namun, ia akan dikeluarkan secepat mungkin," jelas Kingston mengenai albumnya itu.
Pengaruh Jack Ruby dan Bob MarleyMenyentuh mengenai konsep nyanyian dan album, Kingston mengakui karier seninya banyak dipengaruhi oleh Jack Ruby iaitu datuk kesayangannya.
Ruby jelas Kingston, pernah terbabit dalam penerbitan album Bob Marley yang kemudian mempengaruhi minatnya terhadap penyanyi itu dan irama reggae.

petikan daripada utusan malaysia..

minat dengan lagu2nya..dengar jek kepala goyang beb heheh..

Jumaat, 11 April 2008

Penjelasan Isu Ladang Babi Mega(bekas menteri besar selangor)



Penjelasan Isu Ladang Babi Mega

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Secara kebetulan ketika saya telah merancang untuk menunaikan umrah, timbul pula isu penternakan babi di Sepang yang sedang heboh diperkatakan di dalam negara sekarang.
Justeru saya memohon bantuan rakan di Malaysia menaip penjelasan saya ini agar tidak timbul sebarang pertikaian semasa saya menjalani ibadah umrah.
(Mohon maaf kerana tidak dapat membaca dan meluluskan komen saudara/i. Insyallah saya akan laksanakan selepas pulang dari Mekah.)

PENJELASAN:
Isu penternakan babi ini di bawa kepada pengetahuan saya oleh penduduk di sekitar DUN Tanjong Sepat mengenai masalah pencemaran air di Sungai Sepang Kecil dan bau yang terlalu busuk akibat penternakan babi di Tumbuk, Sepang. Para penduduk juga turut membawa setesen TV3 membuat liputan masalah mereka.
Bagi melihat dengan jelas masalah ini, saya telah membuat lawatan persendirian ke kawasan ini dan mendapati aduan tersebut betul. Air sungai telah menjadi pekat dan bau busuk yang amat sangat kerana najis babi telah dibuang secara langsung ke dalam sungai.
Kerajaan negeri ketika itu juga mendapati jumlah babi yang ada terlalu banyak melebihi keperluan orang bukan Islam. Menurut Pengarah Jabatan Haiwan ketika itu terdapat lebih 400 ribu ekor babi berbanding keperluan dalam negeri sebanyak 250 ribu ekor sahaja.
Justeru saya telah mengarahkan Dato’ Tang See Hang dan Dato’ Ch’ng untuk mengatasi isu ini kerana penternak babi ini tidak faham bahasa Malaysia ketika kita ingin mengadakan dialog dengan mereka bagi mengurangkan jumlah babi dan mengatasi masalah.
Saya telah meminta pandangan Jabatan Pertanian dan juga EXCO Pertanian negeri. Dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada bulan Oktober 2007, beberapa cadangan dari beberapa syarikat telah dibincangkan. Dari sekian banyak cadangan semuanya memerlukan bantuan kewangan kerajaan negeri kecuali satu syarikat yang bersedia membiayai sendiri. Justeru MTES bersetuju untuk membenarkan syarikat tersebut menjalankan kajian yang lebih tanpa sebarang komitmen.
Kerajaan negeri ketika itu ingin melihat bagaimanakah jumlah babi dapat dikurangkan kepada hanya untuk keperluan dalam negeri dan masalah pencemaran akibat industri ini diatasi secara tuntas.
Pada 30 Januari 2008, syarikat ini mengadakan pembentangan semula. Kerajaan secara dasarnya bersetuju syarikat ini membina “modern pig farming” berskala kecil dengan pelaburan sendiri termasuk kos pengambilan tanah dan lain-lain kos. Kerajaan negeri tidak membuat sebarang komitmen dalam bentuk pemberian tanah mahu pun kewangan.
Dalam mesyuarat yang sama, kerajaan negeri mengarahkan kawasan dikecilkan dari 1100 ekar kepada 337 ekar sahaja. Pejabat Tanah Kuala Langat telah diberi tanggungjawab mengenal pasti kawasan yang dicadangkan oleh penternak babi.
Kerajaan negeri juga telah mensyaratkan bahawa kos pengambil alihan tanah adalah atas tanggungjawab syarikat terbabit dan ia mestilah mendapat persetujuan penduduk setempat.
Tidak pernah kerajaan negeri memuktamadkan keputusan pembinaan ladang babi moden di Tumbuk ini.
Tujuan kerajaan di bawah pimpinan saya ketika itu ialah untuk mengurangkan jumlah penternakan babi daripada mengeksport ke negeri lain dan negara luar kepada sekadar keperluan domestik Selangor sahaja.
Ini merupakan tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional ketika itu untuk memastikan bekalan domestik untuk orang bukan Islam mencukupi.
Isu penternakan babi bukanlah sekadar sensitiviti umat Islam tetapi yang lebih besar ialah isu pencemaran alam sekitar dan juga risiko pelbagai virus seperti yang terjadi di Bukit Pelanduk sedekad yang lalu. Sebab itu, kita tidak berminat untuk menjadikan ia satu industri yang besar di Selangor.
Negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga telah lama tidak membenarkan industri penternakan babi ini. Justeru pada hemat saya, ia tidak sepatutnya menjadi satu masalah besar kepada rakan-rakan dari kaum Tionghua.

di petik daripada http://drkhir.blogspot.com/

Selasa, 8 April 2008

Wajarkah projek babi rm100 juta??

TERESA Kok, Exco negeri Selangor dengan bangganya memaklumkan bahawa dalam mesyuarat Exco Rabu lalu (2 April), kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor (DAP, PKR dan Pas) telah meluluskan projek penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.
Katanya, biarlah projek ini menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Ini bermakna akan ada projek yang sama di lain-lain negeri secara besar-besaran juga. Ada kemungkinan perancangan ini menuju ke arah menjadikan Malaysia pengeluar dan pengeksport babi terbesar di dunia.
Inilah ‘hadiah’ pertama untuk pengundi-pengundi PR Selangor. Apa reaksi Pas? Saya percaya jika kelulusan ini dibuat oleh kerajaan BN, sudah tentu Pas tidak akan bertangguh untuk menghentam habis-habisan dan membuat road tour ke seluruh Malaysia mencanangkan hal ini dalam setiap ceramah kepada rakyat.
Ini sudah tentu akan menjadi senjata ampuh kepada Pas untuk memenangi hati orang Melayu dan orang Islam. Sebagai sebahagian dari anggota pemerintah negeri Selangor, apakah Pas sudah hilang prinsip bila berhadapan dengan DAP yang mempunyai suara terbanyak di Dewan Undangan Negeri. Masihkah releven pakatan yang dipersetujui oleh Pas yang terang-terangan telah melanggar prinsip negara Islam yang diperjuangkan serta dilaung-laungkan Pas selama ini.
Ini baru satu kes di mana DAP sudah mula menunjukkan taringnya kepada orang Melayu dan Islam. Mereka sudah mula menggunakan kuasa yang selama ini sangat mereka mimpikan bagi memenuhi kehendak pengundi-pengundi Cina.
Di Pulau Pinang, babi boleh diternak di kawasan perumahan seperti di Seberang Perai Selatan. Pencemaran bau dan lalat yang banyak telah lama mengganggu keselesaan penduduk sekitarnya bukanlah satu-satunya tempat di mana babi diternak secara berleluasa di Pulau Pinang.
Kini rakyat negeri Selangor kena bersedia untuk menghadapi masalah yang sama dan mungkin lebih teruk lagi termasuk penggunaan baja dari najis babi di kebun-kebun sayur di Selangor sebagai sebahagian pengeluar sayur terbesar di Malaysia. Jadi PKR dan Pas tidak payah bercerita fasal menunaikan janji mereka untuk menutup kilang arak dan pusat-pusat hiburan dan perjudian di Selangor kerana ini mustahil dilaksanakan.
Tahniah kepada MB Selangor. Tahniah juga kepada pengundi-pengundi Melayu dan Islam yang telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah negeri Selangor, Perak dan Pulau Pina

di petik dari ruangan forum utusan melayu....

mmm..tahniah la jugak kepada pengundi-pengundi yg mengundi mereka ini hehehe..selangor negeri maju menternak babi(gelaran yg akan di terima kelak)
Rm 100 juta bukan sikit,banyak tu..kalo wang tu di gunakan utk projek membaikpulih jalan ke,membaik pulih bangunan ke,memberi wang ke apa2 aje la utk kebaikan rakyat kan elok mmm..

Isnin, 7 April 2008

sufiah tidak kesal...

LONDON: Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai 'wanita penuh berahi' yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).
Anak ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya.
Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang.
"Saya tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin dengan tubuh ini serta pekerjaan saya," katanya dalam temubual dengan wartawan tabloid, News of The World.
Sufiah memutuskan untuk membuat pengakuan itu selepas tabloid berkenaan sebelum ini mendedahkan kisah hidupnya yang melacur dengan mendapat bayaran kira-kira £130 (RM910) sejam.
Pendedahan tabloid berkenaan minggu lalu, menjadi perkembangan penuh tragik bagi Sufiah yang sebelum ini melalui kehidupan yang dipenuhi banyak peluang cerah, tetapi bertukar sebaliknya selepas melarikan diri dari universiti dan keluarga pada usia 15 tahun kerana tidak tahan dengan sikap buli bapanya.
Ibu Sufiah, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, bapanya, Farooq dari Pakistan. Bapanya kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa.
Farooq juga pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes pemalsuan pembiayaan sewa beli. Halimaton kini dalam proses menuntut cerai dengan Farooq selepas berkongsi hidup lebih 30 tahun.
Kakak Sufiah, Aisha, 25, pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan, manakala abangnya, Abraham, 26, serta dua adik, Iskander, 21, dan Zuleika, 14, tinggal dengan Halimaton.
Mengimbau detik pertamanya bertukar daripada pelajar pintar kepada pelacur, Sufiah berkata dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan kira-kira £16,000 (RM112,000) setahun di Manchester, apabila dihampiri ketua agensi teman sosial yang menyebabkannya terjerumus ke kancah pelacuran.
Ketika itu, dia dihimpit hutang termasuk bebanan kad kredit kira-kira £3,500 (RM24,500).
Namun, Sufiah tanpa segan silu atau rasa kesal, yakin statusnya sebagai pekerja seks memberi jawapan kepada semua permasalahannya.
"Saya menjadikan pelanggan tidak keruan dengan membacakan formula matematik ketika kami berasmara. Pelanggan saya sukakan kemampuan saya kerana dapat merangsang minda dan badan mereka secara serentak.
"Saya tidak berasakan semua pendidikan yang diterima selama ini sia-sia. Malah, saya lazimnya membawa kertas tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temu janji dengan pelanggan," katanya.
Lapan tahun selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar, Sufiah, dakwa tabloid itu, tidak menunjukkan sebarang kekesalan apabila memandang tinggi karier barunya sebagai pelacur.
"Ramai yang memandang rendah tugas sebagai teman sosial ini, tetapi saya tidak menganggapnya sedemikian. Lagi pun saya sememangnya mempunyai nafsu seks yang tinggi.
"Kini saya memperoleh semua seks yang saya ingini. Lelaki juga jauh lebih baik di ranjang dengan teman sosial berbanding teman wanita sendiri.
"Saya mempunyai pelanggan yang terpesona dengan keupayaan matematik saya. Malah, ada seorang pelanggan yang meminta saya membacakan kaedah matematik termasuk algebra ketika kami berasmara. Ia terbukti menjadikannya lebih seronok," katanya.
Sufiah juga mendakwa pendapatannya tidak kurang hebat kerana memberinya wang yang lumayan.
"Ya, saya menikmati kehidupan yang baik dan mampu mengawalnya. Saya bencikan pandangan masyarakat yang stereotaip mengenai tugas sebagai teman sosial. Ia jauh berbeza daripada tanggapan salah mereka.
"Pelanggan saya juga tidak kurang hebatnya dan melayan saya seperti puteri. Ada seorang lelaki yang sering saya temui di London membelikan saya pakaian Gucci berharga £700 (RM4,900) dan membawa saya ke Selfridges untuk memilih apa juga beg tangan yang saya mahukan.
"Pada sebelah malam, kami makan malam bersama dan dia membawa saya pulang ke hotel. Saya berasa seperti (aktres) Julia Roberts dalam Pretty Woman."

sumber daripada berita harian...

ishh..ishh..apa sudah jadi dengan sufiah ni yer..dia tak kesal langsung..malah,seronok lak buat benda tu adehh..bek takyah suh balik malaysia je budak ni..kang balik malaysia naya jek kena rejam mmmm..

Rabu, 2 April 2008

happy birthday-the click five

klik aje kat nama kumpulan tersebut untuk download lagu..

don't stop the music-rihanna

klik aje kat nama si rihanna tu untuk download lagu..

500,000 laman blog di malaysia..

KUALA LUMPUR 1 April – Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.
Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.
Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.
Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.
“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 di sini hari ini.
Forum turut disertai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Abu Hassan berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.
Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.
Johan pula berkata, sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.
“Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya.

petikan daripada utusan malaysia...

waahhh...tak sangka lak eh,banyak tul laman blog kat malaysia ni..termasuk la blog aku ni muehehehehe..

Fitna,di kecam...



KUALA LUMPUR 1 April – Duta Belanda di Malaysia, Lody Embrechts, secara peribadi melahirkan rasa kesal dengan penerbitan filem Fitna yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Rasa kesal berkenaan disampaikan kepada Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Pirdaus Ismail yang menyerahkan memorandum bantahan di kediaman rasmi duta berkenaan di Jalan Langgak Golf di sini hari ini.
‘‘Duta Belanda secara peribadi turut melahirkan rasa kesal di atas penerbitan Fitna. Beliau turut berjanji menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende secepat mungkin,’’ katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Embrechts.
Memorandum bantahan berkenaan dibuat sebagai tanda protes terhadap filem Fitna yang diterbitkan oleh Ahli Majlis Perundangan Belanda, Geert Wilders.
Pirdaus bersama 30 ahli Pergerakan Pemuda UMNO berhimpun di hadapan kediaman rasmi Embrechts dalam keadaan hujan lebat, sebelum enam daripada mereka termasuk beliau sendiri dibenarkan masuk pukul 2 petang.
Perbincangan di antara Pirdaus dan Embrechts berlangsung selama 45 minit.
Pirdaus berkata, kerajaan Belanda perlu lebih banyak membuat kenyataan lebih berkesan terhadap apa yang berlaku.
‘‘Ini kerana kenyataan daripada Perdana Menteri Belanda seakan-akan mahu melepaskan diri daripada apa yang telah dilakukan oleh Wilders.
‘‘Mereka seolah-olah enggan bertanggungjawab. Jadi, jika kerajaan Belanda mahu menjalin hubungan yang lebih lama dengan umat Islam, mereka mesti mengambil satu sikap yang lebih bertanggungjawab,’’ tegasnya.
Dalam pada itu, Pemuda UMNO turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi mendesak negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya mengambil tindakan tegas terhadap Barat yang sentiasa menghina umat Islam.
‘‘Malaysia sebagai bekas Pengerusi OIC layak membuat desakan berkenaan.
‘‘Barat sentiasa menghina umat Islam sedangkan umat Islam tidak pernah menghina agama lain,’’ katanya.
Fitna yang disiarkan di Internet pada 27 Mac lalu, mengkritik dan menghina agama Islam dengan menunjukkan surah al-Quran dan berlatarbelakangkan imej pengganas.

petikan daripada utusan malaysia...

ibu yusni(yusni jaafar) meninggal dunia

KUALA LUMPUR 1 April – Seniwati veteran, Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati.

Yusni, 63, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 pagi.

Menurut anak keduanya, Raja Ema, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Januari lepas.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah keluarga nya di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.

Antara pencapaian Allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik Pesta Filem Malaysia Kelapan pada 1989.

Lakonan terakhirnya ialah dalam filem Cuci pada tahun lepas.

Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan.

petikan daripada utusan malaysia..

al-fatihah untuk ibu yusni..mudah-mudahan rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..amin...