TERESA Kok, Exco negeri Selangor dengan bangganya memaklumkan bahawa dalam mesyuarat Exco Rabu lalu (2 April), kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor (DAP, PKR dan Pas) telah meluluskan projek penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.
Katanya, biarlah projek ini menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Ini bermakna akan ada projek yang sama di lain-lain negeri secara besar-besaran juga. Ada kemungkinan perancangan ini menuju ke arah menjadikan Malaysia pengeluar dan pengeksport babi terbesar di dunia.
Inilah ‘hadiah’ pertama untuk pengundi-pengundi PR Selangor. Apa reaksi Pas? Saya percaya jika kelulusan ini dibuat oleh kerajaan BN, sudah tentu Pas tidak akan bertangguh untuk menghentam habis-habisan dan membuat road tour ke seluruh Malaysia mencanangkan hal ini dalam setiap ceramah kepada rakyat.
Ini sudah tentu akan menjadi senjata ampuh kepada Pas untuk memenangi hati orang Melayu dan orang Islam. Sebagai sebahagian dari anggota pemerintah negeri Selangor, apakah Pas sudah hilang prinsip bila berhadapan dengan DAP yang mempunyai suara terbanyak di Dewan Undangan Negeri. Masihkah releven pakatan yang dipersetujui oleh Pas yang terang-terangan telah melanggar prinsip negara Islam yang diperjuangkan serta dilaung-laungkan Pas selama ini.
Ini baru satu kes di mana DAP sudah mula menunjukkan taringnya kepada orang Melayu dan Islam. Mereka sudah mula menggunakan kuasa yang selama ini sangat mereka mimpikan bagi memenuhi kehendak pengundi-pengundi Cina.
Di Pulau Pinang, babi boleh diternak di kawasan perumahan seperti di Seberang Perai Selatan. Pencemaran bau dan lalat yang banyak telah lama mengganggu keselesaan penduduk sekitarnya bukanlah satu-satunya tempat di mana babi diternak secara berleluasa di Pulau Pinang.
Kini rakyat negeri Selangor kena bersedia untuk menghadapi masalah yang sama dan mungkin lebih teruk lagi termasuk penggunaan baja dari najis babi di kebun-kebun sayur di Selangor sebagai sebahagian pengeluar sayur terbesar di Malaysia. Jadi PKR dan Pas tidak payah bercerita fasal menunaikan janji mereka untuk menutup kilang arak dan pusat-pusat hiburan dan perjudian di Selangor kerana ini mustahil dilaksanakan.
Tahniah kepada MB Selangor. Tahniah juga kepada pengundi-pengundi Melayu dan Islam yang telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah negeri Selangor, Perak dan Pulau Pina
di petik dari ruangan forum utusan melayu....
mmm..tahniah la jugak kepada pengundi-pengundi yg mengundi mereka ini hehehe..selangor negeri maju menternak babi(gelaran yg akan di terima kelak)
Rm 100 juta bukan sikit,banyak tu..kalo wang tu di gunakan utk projek membaikpulih jalan ke,membaik pulih bangunan ke,memberi wang ke apa2 aje la utk kebaikan rakyat kan elok mmm..
Selasa, 8 April 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
projek itu menguntungkn orang cina... tak boleh hidup ke tanpa kandang babi? contoh di Singapura.. mereka import saja.. sebab mereka tidak mahu yang busuk di negeri mereka.. dengan memperalatkan PKR PAS ... DAP jugak yang untung.
dimana PAS??? hidup lagi ke PAS??? kenapa senyap saja??? saya buka di harakah online.. tiada kata2 tentang babi ini.... dimana PAS? sudah mati ke?? atau sedang kena strok????
Nizam!
Kau ni ta de otak atau ada otak tapi letak kat kepala lutut! Atau memang dilahirkan dengan IQ kosong?
Kan Tan Sri Khalid dah bagitau itu bukan duit Kerajaan Negeri!!! Duit itu adalah dari pelabur-pelabur bangsa Cina yang suka makan babi!!
Catat Ulasan