
WAJAH dan bentuk badannya tidaklah boleh dikategorikan sebagai menawan namun si gempal yang baru berusia 18 tahun ini sememangnya hebat.Popular menerusi lagu Beautiful Girls, Sean Kingston punyai keistimewaan tersendiri sehingga mampu diterima peminat di serata dunia.
Lupakan soal rupa paras diri, elemen percaya pada kemampuan diri serta berani, membuatkan dia kini seorang remaja yang cukup berjaya.
Berpaksi kepada bakat yang ada, dia tidak memerlukan paras yang menawan untuk mengecap populariti sama seperti beberapa lagi artis antarabangsa lain.
Terbaru, Kingston diterbangkan khas oleh Maxis Communications Berhad (Maxis) melalui jenama prabayarnya, Hotlink dan Hitz.fm untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur.
Bertemakan Sean Kingston Beautiful Girls World Tour 2008, Sean menemui ribuan peminatnya di negara ini dalam satu persembahan di Kelab Zouk, Jumaat lalu.
Lagu-lagunya yang segar membuatkan persembahannya pada malam itu dinanti-nanti oleh peminatnya.
Meskipun hanya persembahan ringkas dengan enam buah lagu iaitu Beautiful Girls, Me Love, Take You There, Kingston, There's Nothing dan Dry Your Eyes, Kingston nyata tidak mengecewakan.
"Muzik sudah menjadi sebahagian daripada hidup dan seronok rasanya apabila melihat peminat-peminat gembira dengan persembahan saya," katanya.
Jelas Kingston, memiliki album yang mencatatkan jualan terbanyak, peminat di serata dunia dan peluang menjelajah beberapa negara dengan mengadakan persembahan merupakan impiannya selama ini.
"Justeru itu, sekali lagi ditekankan, saya tidak menyesal terhadap apa jua yang saya lakukan selama ini termasuk meninggalkan keseronokan zaman remaja," ujarnya yang pernah menerima anugerah lagu R&B pilihan di Teen Choice Awards menerusi Beautiful Girls, tahun lalu.
Bakal tampil dengan album baruSelepas berjaya mencipta populariti menerusi album sulung, Kingston menyatakan rasa tidak sabarnya untuk menghasilkan album kedua.
Menariknya, untuk album kedua kelak, Kingston bakal mendapatkan sentuhan kerjasama dengan beberapa nama besar seperti Timbaland dan Fergie.
"Saya pun tidak pasti bilakah tarikh sebenar ia akan dipasarkan. Namun, ia akan dikeluarkan secepat mungkin," jelas Kingston mengenai albumnya itu.
Pengaruh Jack Ruby dan Bob MarleyMenyentuh mengenai konsep nyanyian dan album, Kingston mengakui karier seninya banyak dipengaruhi oleh Jack Ruby iaitu datuk kesayangannya.
Ruby jelas Kingston, pernah terbabit dalam penerbitan album Bob Marley yang kemudian mempengaruhi minatnya terhadap penyanyi itu dan irama reggae.
petikan daripada utusan malaysia..
minat dengan lagu2nya..dengar jek kepala goyang beb heheh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan