ALOR STAR 23 April - Bekas anggota kumpulan A To Z yang popular dengan lagu-lagu daerah, Effendey Zainon atau Fendi meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), kira-kira pukul 9.30 pagi ini.
Effendey, 39, menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Norma Md. Akhir, 58, selepas dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Ahad lalu kerana sesak nafas.
Allahyarham yang masih bujang tinggal bersama keluarganya di Taman Harapan, Kuala Kedah, di sini selepas mengundurkan diri daripada dunia seni tanah air kira-kira 10 tahun lalu.
Menurut adik Allahyarham, Zaliawati, 32, abangnya tidak lalu makan sejak seminggu lalu dan dimasukkan ke HSB untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, pada Disember tahun lalu, Allahyarham yang merupakan anak sulung daripada empat beradik pernah diserang strok tetapi kesihatannya kembali pulih selepas itu.
"Bagaimanapun sejak seminggu lalu, kesihatan Allahyarham terjejas sehingga tidak lalu makan dan pada Ahad lepas, abang terpaksa dimasukkan ke HSB,'' katanya ketika ditemui di Taman Harapan di sini hari ini.
Fendi bersama dua lagi anggota kumpulan A To Z popular pada pertengahan 90-an menerusi lagu-lagu daerah seperti lagu Berdendang, Comel dan Iyo Ko.
Bagaimanapun, Allahyarham mengundurkan diri daripada persada seni tanah air selepas bersama kumpulan berkenaan selama kira-kira tiga tahun.
Zaliawati memberitahu, Effendy aktif sebagai pendakwah selepas meninggalkan kumpulan A To Z dan sering keluar ke merata tempat bagi menjalankan kegiatan dakwah.
Menurut beliau, abangnya juga pernah menyuarakan hasrat untuk membuka sekolah pondok di Langkawi.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kedah selepas solat Asar petang ini.
di petik daripada utusan melaysia..
al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya di letakkan di kalangan org2 yg beriman,amin...dah lama kumpulan A to Z ni takder,teringat lagi lagu-lagu derang ni dulu..mmg popular kumpulan ni dulu..lan A to Z pon tak tau mana pi dah skang ni..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan