
Jerman memenuhi reputasinya selaku gergasi bola sepak Eropah dengan menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Eropah (Euro) 2008 selepas menundukkan satu lagi pasukan besar, Portugal 3-2 kelmarin.
Walaupun beraksi tanpa jurulatih, Joachim Loew yang digantung perlawanan dan mempamer aksi hambar di peringkat kumpulan, juara Eropah tiga kali itu masih mampu membenam Portugal.
Bastian Schweinsteiger, yang dibuang padang ketika Jerman kalah 1-2 kepada Croatia di peringkat kumpulan, diangkat sebagai wira selepas menjaringkan gol pembukaan dan mencipta gerakan untuk dua lagi gol yang disempurnakan Miroslav Klose dan Michael Ballack.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan