
KERJAYA seni Will Smith masih lagi mekar dan dia telah membuktikan bahawa dia masih lagi menjadi pilihan penerbit untuk membintangi filem-filem mereka meskipun usianya kini sudah mencecah angka 40.
Terbaru, Will dikatakan menjadi pilihan untuk membintangi filem yang diadaptasi daripada komik, Captain America dan sudah pasti, watak adi hero itu telah ditawarkan kepada Will.
Apa yang memeranjatkan adalah apabila pihak penerbit mahukan pelakon kulit hitam untuk membawakan watak berkenaan sedangkan menerusi komik keluaran Marvel itu, watak berkenaan adalah seorang yang berkulit putih.
Sama ada Will akan menerima tawaran tersebut masih belum lagi dapat dipastikan.
Seandainya, Will menerimanya, ia akan membawa arus perubahan dalam pembikinan filem yang diadaptasi daripada komik.
Ini memandangkan Will dilihat cuba meningkah arus dalam memberikan perubahan pembentukan imej yang selalunya stereotaip.
Meskipun belum ada apa-apa perkembangan lanjut tentang filem The First Avenger: Captain America, namun, pihak penerbit telah menetapkan tayangannya pada tahun 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan