Khamis, 11 September 2008

16 september(anwar sanggup ke taiwan)

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Dalam usaha merealisasikan impian membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia ke Taiwan untuk menemui 49 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) jika perlu.

Katanya, beliau akan berhubung dengan Ahli-Ahli Parlimen berkenaan dan terbang ke sana dalam masa yang terdekat jika mereka mahu menemuinya.

“Kalau keadaan mendesak, saya akan terbang ke Taipei saya akan berhubung petang ini, kalau mereka mahu jumpa, saya akan menemui mereka dalam kadar yang segera kerana pasport masih di tangan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen di sini sebaik prosiding sebutan semula kes tuduhan liwat yang dihadapinya selesai.

Pada Isnin lalu, seramai 49 Ahli Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di kepulauan itu.

Ia disertai Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing; timbalannya, Datuk Bung Mokhtar Radin; dan 10 anggota Parlimen Sabah, 12 anggota Parlimen Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung.

Mereka dijangka pulang ke Malaysia pada 17 atau 18 September ini.

Menurut Anwar, isu 16 September telah dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP dalam beberapa siri pertemuan termasuk perjumpaan dua hari lalu yang memutuskan keperluan untuk berlepas ke Taiwan.

Beliau mengaku bahawa pakatan pembangkang menghadapi masalah teknikal untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini berikutan Ahli-Ahli Parlimen yang didakwa akan melompat parti telah dihantar ke Taiwan.

petikan daripada utusan malaysia.

ntah la..aku pon tak tau la dato sri anwar ibrahim ni..kata 16/09 ni tubuh kerajaan baru..tup-tup,kena tangguh lak..hehehe..buat lawak tul la dia ni ekeke..

Tiada ulasan: