Ahad, 20 Julai 2008

aizat -hanya kau yang mampu Live

jum layan aizat...hanya kau yang mampu..
aku pon mampu jugak ni ehehehe...

norazlina redzuan(alin) nak berkahwin..

PENYAMPAI berita Buletin Utama, Norazlina Redzuan, 37, atau lebih mesra dengan panggilan Alin di kalangan kawan-kawannya di TV3 khabarnya nak naik pelamin.
Bila sebut Alin nak kahwin ni, Niezam kadang-kadang macam nak percaya pun susah, tak percaya pun susah.
Bukannya apa, sebelum ini kecoh satu Malaya, Alin dikatakan nak kahwin dengan doktor dan dah siap tempah pakaian pengantin.
Sebelum tu pada tahun 2004 dia pernah dikaitkan bercinta dengan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) sebuah syarikat korporat terkemuka. Malangnya semua tak jadi.
Tapi berita yang nak Niezam sampaikan ini memang benarlah sebab kad kahwin berwarna kuning air yang ditempah Alin khabarnya sudah siap. Cuma tunggu masa untuk diedarkan saja.
Menurut sumber yang membisik ke telinga Niezam, bakal suami Alin seorang bujang trang tang tang lagi.
Jangan bimbang ya. Dia tak akan kebas suami orang. Jadi kepada mak datin mak datin di luar sana tu, tak payah nak pergi telek, tak payah nak perasap kemenyan suami masing-masing.
Sumber tersebut memberitahu lelaki bertuah tersebut merupakan seorang Datuk bernama Y dan merupakan ‘big’ boss di sebuah syarikat telekomunikasi terkenal Malaysia.
‘‘Memang benar Alin nak kahwin dengan Datuk berusia awal 40-an. Datuk tu pun kacak orangnya. Kerjaya dia pun boleh tahan juga, Ketua Pegawai Kewangan syarikat,’’ jelas sumber itu.
Menurut ceritanya lagi, majlis pernikahan Alin akan diadakan di rumah keluarganya di Kangar, Perlis yang dijadualkan pada 22 Ogos ini.
Sementara baju-baju pengantin pula sudah siap ditempah di butik Ridzuan Radzwil.
Niezam sempat tanya sumber itu macam mana Alin boleh kenal dengan Datuk tersebut?
Katanya, hubungan mereka terjadi selepas kedua-duanya dipertemukan oleh seorang kawan.
Dari situlah detik percintaan mereka bermula sehinggalah Alin dan Datuk Y membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Patutlah sebelum ini ada laporan mengatakan Alin pergi membeli belah barang-barang di Indonesia. Barang kahwin rupa-rupanya ya!

mudah-mudahan la jadi perancangan kawen alin ni..smoga berbahagia yer..

sumber utusan malaysia(hiburan)
mmm...lama tak coret kat blog aku ni...
nmpknya takder org lagik yg jenguk ni
hehehe...

Isnin, 14 Julai 2008

keputusan usul tidak percaya PM isnin

KUALA LUMPUR 10 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan jemaah menteri beliau yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang pada Isnin ini.
Menurutnya, beliau mempunyai pilihan untuk menolak usul itu yang dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18 (2) ketika dalam kamarnya dengan mengemukakan alasan penolakan melalui sepucuk surat.
Beliau juga boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 14 untuk mengumumkan secara rasmi keputusan menerima atau menolak usul selepas sesi soal jawab Dewan pada pukul 11.30 pagi.
''Jika mengikut pilihan kedua ini saya akan benarkan untuk dibacakan usul ini (oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) di dalam Dewan Rakyat sebelum saya membuat keputusan.
''Usul itu datang pada petang ini, jadi esok memang tak ada persidangan. Saya perlu pulang ke Kota Kinabalu dan fikir secara mendalam pada hujung minggu dan anda (wartawan) akan mengetahui jawapannya pada Isnin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan diiring wakil DAP dan Pas menyerahkan usul kepada Pandikar Amin di pejabatnya kira-kira pukul 3.35 petang ini.
Mengikut Peraturan Mesyuarat, usul sedemikian yang diserahkan pada sebelah pagi perlu dibuat keputusan oleh Yang Dipertua pada keesokan harinya kecuali jika tiada persidangan.
Jelas beliau, usul itu tidak akan melibatkan sebarang pengundian sebaliknya hanya perbahasan dibenarkan.
Ditanya apakah faedah usul itu dikemukakan jika tiada pengundian bagi menentukan siapakah di kalangan 140 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 82 pembangkang yang menyokongnya, beliau berkata, perkara itu seharusnya ditanya kepada Ketua Pembangkang.
''Saya pun tidak tahu jawapannya. Awak (pemberita) yang sepatutnya memberitahu saya kerana bertuah menghadiri sidang akhbar Ketua Pembangkang. Awak sendiri fikir dan buat latihan minda sedikit," ujarnya.
Pandikar Amin turut menegaskan bahawa beliau tidak berasa tertekan dalam membuat keputusan berhubung usul itu.
''Buat apa pula saya hendak rasa tertekan, saya akan menggunakan kuasa yang diberikan di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan. Awal-awal sudah disebut, saya bukan orang politik, saya Speaker Dewan Rakyat," katanya.
Sementara itu, Wan Azizah yang ditemui pemberita berkata, beliau berharap Pandikar Amin akan meluluskan usul yang hendak dibawa mereka.
Katanya, usul itu penting kerana perkembangan semasa mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri dan Kabinet beliau.
''Kami yakin Dewan yang mulia ini wajar membincangkan usul yang dikemukakan ini," ujarnya.

Usul yang hendak dibawa itu ialah:

''Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urusan tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan."

Selasa, 8 Julai 2008

Yovie and Nuno - Menjaga Hati

hehee...jum layan lagu nuno dan yuvie ni..MENJAGA HATI...meh kita jaga ati masing2 heheh..

puasa bermula 1 september

PUTRAJAYA 7 Julai – Umat Islam di negara ini dijangka mula ber puasa pada Isnin, 1 September manakala Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 1 Oktober.
Jurucakap Unit Penyelidikan Il mu Falak dan Sains Atmosfera Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, jika tarikhnya begitu, umat Islam akan berpuasa selama 30 hari.
Bagaimanapun, beliau menegas kan bahawa tarikh sebenar puasa dan Hari Raya Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.
Menurut jurucakap itu, pada 29 Syaaban bersamaan 31 Ogos, ke dudukan bulan memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampak kan) iaitu umur bulan melebihi lapan jam selepas ijtimak manaka la ketinggian bulan melangkaui dua darjah.
Kata beliau, pada hari itu juga jarak lengkung bulan dan matahari melebihi tiga darjah dengan bulan akan berada di atas ufuk selama 14 minit.
‘‘Dengan kedudukan bulan me menuhi kriteria Imkanur-rukyah, maka 1 Ramadan 1429 Hijrah ja tuh pada Isnin 1 September 2008,” kata jurucakap itu ketika dihubungi di USM hari ini.


wahhh...ada 2 bulan lagik wehh..kejapnyer aku rasa setahun skang ni...pejam celik,pejam celik dah nak dekat posa dah..

puasa bermula 1 september

PUTRAJAYA 7 Julai – Umat Islam di negara ini dijangka mula ber puasa pada Isnin, 1 September manakala Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 1 Oktober.
Jurucakap Unit Penyelidikan Il mu Falak dan Sains Atmosfera Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, jika tarikhnya begitu, umat Islam akan berpuasa selama 30 hari.
Bagaimanapun, beliau menegas kan bahawa tarikh sebenar puasa dan Hari Raya Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.
Menurut jurucakap itu, pada 29 Syaaban bersamaan 31 Ogos, ke dudukan bulan memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampak kan) iaitu umur bulan melebihi lapan jam selepas ijtimak manaka la ketinggian bulan melangkaui dua darjah.
Kata beliau, pada hari itu juga jarak lengkung bulan dan matahari melebihi tiga darjah dengan bulan akan berada di atas ufuk selama 14 minit.
‘‘Dengan kedudukan bulan me menuhi kriteria Imkanur-rukyah, maka 1 Ramadan 1429 Hijrah ja tuh pada Isnin 1 September 2008,” kata jurucakap itu ketika dihubungi di USM hari ini.


wahhh...ada 2 bulan lagik wehh..kejapnyer aku rasa setahun skang ni...pejam celik,pejam celik dah nak dekat posa dah..

protes sejuta rakyat jadi insiden memalukan..

KUALA LUMPUR 6 Julai _ Perhimpunan `protes sejuta rakyat-protes sampai turun' yang mencetuskan insiden memalukan apabila seorang penyanyi jemputan bertindak liar membuka seluar di hadapan pengunjung yang hadir tatkala waktu solat maghrib sudah hampir.
Insiden itu seterusnya membawa kepada pergaduhan antara hadirin apabila mereka cuba menyerbu ke arah penyanyi dan rakan-rakan kumpulannya gara-gara tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.
Penyanyi berkenaan sedang membawa lagu bertajuk Jilat itu bertindak membuka seluarnya dan membelakangkan dirinya ke arah hadirin sambil menjerit jilat berkali-kali.
Penyanyi berkenaan kemudiannya dibelasah oleh segelintir hadirin walaupun pekara itu cuba disembunyikan oleh pihak penganjur.
Penyanyi sekitar seusia awal 20 tahun itu merupakan penyanyi utama kumpulan Karburetor Dung yang ditampilkan oleh pihak penganjur sebagai selingan antara ucapan.

apa sudah jadi beb!! kata perhimpunan utk turunkan harga minyak..tp,jadi karnival lak hehehe..dah la artis dia wat tak senonoh...tunjuk punggung dia yg cantik tu..adehh la..camni ke nak jadi pemerintah ehee...syabas alak hahaha...

Rabu, 2 Julai 2008

euro 2008: sepanyol juara eropah

VIENNA: Pasukan terbaik memenangi Kejohanan Eropah. Sepanyol menyumbat gol terbanyak dan menguasai bola lebih lama daripada pencabar lain untuk menjulang trofi prestij itu julung kali dalam tempoh 44 tahun.
"Kemenangan ini bukan sahaja baik untuk Sepanyol tetapi juga bola sepak kerana pasukan yang beraksi terbaik memenangi gelaran," kata Fernando Torres yang menjaringkan gol tunggal pada babak pertama membantu Sepanyol menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir, awal pagi semalam.
Pasukan 'The Red Fury' itu memenangi mahkota kejuaraan Eropah buat kali kedua dengan menyajikan persembahan penuh menghiburkan berorientasikan serangan serta kesungguhan yang agak kekurangan pada pasukan berkenaan pada kejohanan utama sebelum ini.
"Akhirnya keadilan sudah dilaksanakan dan pasukan yang bermain bola sepak terbaik memenangi kejohanan kali ini," kata penyerang Liverpool itu yang menjadi elemen memisahkan antara pemenang dan pasukan yang kalah dengan jaringan hebat.
Sepanyol mungkin tidak memenangi banyak trofi seperti Jerman atau Itali tetapi persembahan penuh warna dalam Euro 2008 kali ini membutirkan pasukan berkenaan satu lagi gelaran utama selepas menjuarai pada 1964 di halaman sendiri.

JARINGAN kemenangan Sepanyol di minit ke 33.

"Ia hari gembira untuk Sepanyol memenangi gelaran Eropah dan melakukannya dengan cara paling hebat," kata jurulatih, Luis Aragones. "Kini kami boleh berkata bahawa kami boleh memenangi Kejohanan Eropah dan gelaran yang lain."
Pasukan Sepanyol bermula agak goyah dalam kempen kelayakan Euro 2008 dengan kekalahan kepada Ireland Utara dan Sweden tetapi dapat bangkit untuk merakamkan lapan kemenangan dan seri sekali untuk menjuarai peringkat kumpulan.
Kini, Sepanyol melebarkan rentetan kemenangan kepada 22 perlawanan dan membantu Aragones berundur dengan nada yang bangga selepas menamatkan tempoh empat tahun selaku jurulatih.
Pemainnya melambung-lambung jurulatih berusia 69 tahun ke udara selepas tamat permainan ketika penyokong Sepanyol menari dan bersorak riang di galeri tempat duduk di Stadium Ernst Happel di Vienna.
"Saya gembira pada saat ini," kata Aragones. "Saya biasanya tidak dapat menunjukkan bagaimana perasaan saya - saya amat gembira.
"Jerman adalah pasukan yang liat untuk ditentang dan mereka bertahan dengan baik. Kami memiliki barisan pemain yang bergerak sebagai satu unit padu dan menyerang baik. Kami bekerja keras dan berjaya sampai ke tahap ini."


apa pun,tahniah la pada pasukan sepanyol..penantian 44 tahun beb! lama tu..

pembantu dato' sri anwar ibrahim buat laporan polis(liwat)

KUALA LUMPUR: Polis semalam mengesahkan siasatan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibuat atas dakwaan meliwat mengikut Kanun Keseksaan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata siasatan terperinci sedang dijalankan mengikut kanun itu sebelum menentukan tindakan seterusnya.
"Ya, kita siasat atas kes liwat seperti apa yang didakwa dalam laporan (oleh pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan),” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara tepat sama ada siasatan itu dibuat mengikut Seksyen 377A atau 377C kanun berkenaan.
Seksyen 377A merujuk perbuatan melakukan persetubuhan luar tabii yang jika sabit kesalahannya boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Seksyen 377C pula merujuk perbuatan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas orang lain tanpa kerelaan orang berkenaan atau meletakkan orang lain dalam ketakutan berhubung kematian orang terbabit atau orang lain. Kesalahan itu boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan.
Mohd Saiful, 23, dalam laporan dibuat di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) Sabtu lalu, mendakwa Anwar meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih di sini, Khamis lalu.
Berikutan itu, Mohd Saiful dimasukkan ke hospital itu tengah malam Sabtu lalu dan menjalani pemeriksaan sehingga tengah hari keesokannya.
Ismail yang ditanya mengenai hasil laporan pemeriksaan HKL yang dikatakan sudah diserahkan kepada polis, berkata: “Kita siasat, kita perlukan masa lagi untuk berbuat demikian.”
Sementara itu, sumber memberitahu, beberapa siri pemeriksaan yang dilakukan pihak HKL mengesahkan Mohd Saiful diliwat.
Difahamkan, Mohd Saiful mengadu mengalami masalah membuang air besar sewaktu dibawa ke bahagian rawatan luar HKL dan apabila disoal doktor dia mengaku diliwat.
Kelmarin, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disertai anggota Unit Komputer, turut membuat pemeriksaan di kondominium berkenaan untuk mengumpul bahan bukti berkaitan dakwaan itu.
Unit itu serta Siasatan Tempat Kejadian (CSI) dilihat memasuki kondominium berkenaan pada jam 12.15 tengah hari sebelum keluar jam 5.15 petang. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah bahan bukti yang diambil dari kondominium itu.