Khamis, 5 Jun 2008

terminator 3(bryce ganti charlotte)

MESKIPUN filem sekuel Terminator yang keempat iaitu Terminator Salvation: The Future Begins kini sedang rancak menjalani penggambaran di New Mexico, Amerika Syarikat, namun, masalah dalamannya pastinya tidak dapat dielakkan.
Realitinya, untuk menghasilkan produk yang berkualiti pastinya akan berhadapan dengan pelbagai situasi dan keadaan yang sungguh menyulitkan sehingga ada kalanya memberi tekanan kepada semua pihak.
Pelakon wanita utama filem ini iaitu Charlotte Gainsbourg dikatakan terpaksa menarik diri kerana sudah terikat dengan komitmen lain iaitu dengan membintangi sebuah filem komedi Perancis yang menjalani penggambaran pada waktu yang sama dengan Terminator.
Disebabkan itu, tempat pelakon kelahiran Perancis itu telah digantikan dengan pelakon Hollywood yang sedang meningkat naik iaitu Bryce Dallas Howard.
Sebelum ini, Bryce pernah membintangi filem-filem seperti Spider-Man 3, Lady In The Water dan The Village.
Anak kepada pengarah tersohor, Ron Howard ini akan memegang watak sebagai Kate Connor iaitu isteri kepada John Connor yang dilakonkan oleh Christian Bale.
Bryce Dallas Howard akan muncul dengan sebuah filem baru tahun ini yang berjudul The Loss of a Teardrop Diamond.
Terminator Salvation: The Future Begins akan menemui penonton seluruh dunia pada 22 Mei 2009.

Tiada ulasan: