
TENERO, Switzerland - Jerman menyifatkan pertemuan dengan Croatia dalam Kumpulan B di Klagenfurt hari ini bukan sahaja penting untuk layak ke suku akhir Kejohanan Eropah (Euro 2008), malah ia juga sebagai membuktikan mereka adalah pencabar serius dalam kejohanan ini.Kali pertama Jerman menjuarai kejohanan tersebut adalah pada tahun 1996.
"Kami akan melihat apakah status pasukan ini selepas pertemuan dengan Croatia. Kami tahu bahawa pasukan ini harus meningkatkan tahap permainan bagi menewaskan mereka," kata pemain Jerman Michael Ballack pada sidang akhbar, kelmarin.
Jerman yang merupakan juara tiga kali Kejuaraan Eropah menewaskan Poland 2-0 pada perlawanan pembukaan kumpulan manakala Croatia turut mencipta kemenangan apabila menumpaskan Austria dengan keputusan 1-0.
"Mereka mempunyai impian tinggi dalam kejohanan ini. Mereka menewaskan England sebanyak dua kali dalam pusingan kelayakan."Saya fikir, mereka akan bermain dengan corak pertahanan yang lebih untuk mematahkan serangan musuh, berbanding apa yang dilakukan oleh Poland," kata Ballack.
Jika Jerman berjaya melakukan peningkatan berbanding pertemuan dengan Poland lalu, pasukan juara itu dilihat begitu hebat untuk Croatia.
Persembahan Croatia tidak begitu mengagumkan ketika menewaskan pasukan tidak terkemuka, Austria.Jurulatih Jerman, Joachim Loew telah mengenalpasti 23 pemainnya yang cergas dan dia hanya dibelenggu dengan satu dilema iaitu sama ada memasukkan Bastian Schweinsteiger pada permulaan permainan atau disimpan sehingga separuh masa kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan