Sabtu, 24 Mei 2008

batu putih milik singapura

TOKYO 23 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua rakyat Malaysia terutama penduduk Johor menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Putih milik Singapura.
Perdana Menteri berkata, walaupun beliau sedih dengan keputusan tersebut tetapi menerimanya kerana ia dibuat melalui persefahaman bersama Malaysia-Singapura selepas kedua-dua negara sepakat membawa pertikaian tersebut ke ICJ pada 1993.
Bagaimanapun, beliau melihat situasi menang-menang dalam keputusan tersebut kerana Malaysia diberi kedaulatan ke atas Middle Rocks sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.
``Menang pun tak menang semua, kalah pun tak kalah semua. Itulah keadilannya. Saya tahu rakyat Malaysia terutamanya penduduk Johor akan ada yang emosional mengenai keputusan ini.
``Kita perlu ingat bahawa keputusan ini dibuat secara aman dan adil. Keadilan itu mestilah diakui,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sehubungan itu, tambahnya, satu langkah segera akan diambil untuk memastikan kedudukan sempadan South Ledge.
Perdana Menteri berkata, beliau yakin South Ledge adalah milik Malaysia.
Dalam pada itu, Abdullah berkata, beliau akan menghadap Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk memaklumkan mengenai keputusan tersebut.
``Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga akan menghadap sultan dan akan memberi penerangan kepada rakyat terutamanya penduduk di Johor selepas ini,'' katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Singapura mengenai keputusan itu, beliau berkata itu tidak perlu.

petikan daripada utusan malaysia...

adehh..pualu batu putih dah jadi milik spore lak...mendabik dada la spore pasni mmm...

Tiada ulasan: