Sabtu, 24 Mei 2008

Gigi-11 Januari

mmm...lagu ni leh tahan gak ni..jum layannzzz...

batu putih milik singapura

TOKYO 23 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua rakyat Malaysia terutama penduduk Johor menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Putih milik Singapura.
Perdana Menteri berkata, walaupun beliau sedih dengan keputusan tersebut tetapi menerimanya kerana ia dibuat melalui persefahaman bersama Malaysia-Singapura selepas kedua-dua negara sepakat membawa pertikaian tersebut ke ICJ pada 1993.
Bagaimanapun, beliau melihat situasi menang-menang dalam keputusan tersebut kerana Malaysia diberi kedaulatan ke atas Middle Rocks sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.
``Menang pun tak menang semua, kalah pun tak kalah semua. Itulah keadilannya. Saya tahu rakyat Malaysia terutamanya penduduk Johor akan ada yang emosional mengenai keputusan ini.
``Kita perlu ingat bahawa keputusan ini dibuat secara aman dan adil. Keadilan itu mestilah diakui,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sehubungan itu, tambahnya, satu langkah segera akan diambil untuk memastikan kedudukan sempadan South Ledge.
Perdana Menteri berkata, beliau yakin South Ledge adalah milik Malaysia.
Dalam pada itu, Abdullah berkata, beliau akan menghadap Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk memaklumkan mengenai keputusan tersebut.
``Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga akan menghadap sultan dan akan memberi penerangan kepada rakyat terutamanya penduduk di Johor selepas ini,'' katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Singapura mengenai keputusan itu, beliau berkata itu tidak perlu.

petikan daripada utusan malaysia...

adehh..pualu batu putih dah jadi milik spore lak...mendabik dada la spore pasni mmm...

juara eropah

Kelab England, Manchester United membuktikan mereka pasukan yang terbaik musim ini apabila merangkul kejuaraan kelab Eropah buat kali ketiga dalam sejarah 52 tahun kejohanan itu, kelmarin.
Kejayaan menewaskan Chelsea mengulangi pencapaian United yang pernah muncul juara kelab Eropah pada 1968 (Piala Eropah ketika itu) dan 1999.

mmm..dah nasib chelsea,tak menang pagi tu..apa pon tahniah dgn MU ni...chelsea,lenkali lak akan menang heheh...

Sabtu, 10 Mei 2008

Kerajaan digesa buat usul bincang tindakan Karpal Singh pertikai Sultan Perak

KUALA LUMPUR 7 Mei – Seorang anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mencadangkan agar kerajaan mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi membincangkan tindakan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mempertikaikan Titah Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian persidangan Parlimen minggu lalu.
Razali Ibrahim (BN-Muar), yang menyambung perbahasan usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong berkata, tindakan Karpal mempersoalkan siapa yang menulis Titah Diraja itu adalah satu bentuk penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(8) iaitu jika ingin membicarakan soal perlakuan Yang di-Pertuan Agong dan ini termasuk titah, Yang Berhormat Bukit Gelugor kena buat usul. Tetapi beliau tidak berbuat demikian dan ini sendiri telah melanggar peraturan.
“Pada masa yang sama saya juga sedar di bawah 26(1p), saya dah terlepas kerana peraturan itu mensyaratkan supaya usul dibuat semasa ia berlaku, iaitu minggu lepas.
“Oleh sebab itu saya cadangkan pihak kerajaan membuat satu usul berkenaan Yang Berhormat Bukit Gelugor, supaya dapat kita bahas dan buat keputusan. Kalau boleh bawa Yang Berhormat Bukit Gelugor ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya.


di petik daripada utusan malaysia

emmm...aku pon tak tau la camner si karpal ni..ada jek yg tak betol bg dia hehe...

Selasa, 6 Mei 2008

jengukkk sattt

waduhh...rasanya dah lama tak tulis apa2 kat blog aku ni..
ari ni baru la ada kesempatan utk menulis hehehe...biasa la..line intenet tempat aku kije ni asyik meragam jek..ye la,nak buka blog ni pon kat tempat kije adehh...
banyak citer tak dpt aku masukkan..takpa la..kang ada masa aku masukkan apa2 citer yang menarik buat masa skang ni..