Khamis, 27 Mac 2008

Raja lawak(ahmad nabil ahmad)


KEHADIRAN Ahmad Nabil Ahmad, 25 dirasakan sangat tepat pada saat negara kita bagaikan ketandusan pelawak generasi baru. Menjuarai program Raja Lawak musim kedua yang telah bersiaran menerusi Astro Prima menjadi titik tolak kepada kerlipan bintangnya yang dijangka bersinar jika kena pada gaya dan landasannya. Kehidupannya juga sudah tak seperti dulu. Nabil semakin dikenali dan mengecapi populariti hari demi hari. Yang pasti pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, 3Ahad ini, Nabil menggalas tanggungjawab besar sebagai barisan penyampai anugerah di samping Zul Yahya dan Sharifah Shahira. Mengakui bangga dan bertuah dipilih sebagai penyampai anugerah ABPBH 2007, Nabil juga memikul tugas melakukan lawak spontan bersama Zul Yahya sewaktu acara selingan ketika iklan komersial ke udara di kaca TV. Malangnya acara selingan itu hanya boleh ditonton oleh lautan manusia yang memenuhi ruang Arena Of Stars, Genting Highlands.

petikan daripada berita harian

Tiada ulasan: