Faktor yang menyebabkan ALAIN ROBERT mendaki secara serius berlaku ketika dia berusia 12 tahun. Pada suatu hari, dia terlupa membawa kunci untuk masuk ke dalam pangsapuri setinggi lapan tingkat. Dia tidak mahu menunggu ibu bapa pulang dan terus memanjat bangunan itu. Apakah yang menyebabkan Robert begitu hebat? Rahsianya adalah kemahiran teknik mendaki yang membolehkannya menggunakan bahagian dinding dan tingkap bangunan yang menonjol untuk dipegang. Selain itu, ketinggian hanya 1.65 meter (5”5”) dan ringan menyebabkannya pantas ketika memanjat. Ketika memanjat, dia membawa beg kecil yang diikat di pinggang mengandungi serbuk kapur yang biasa digunakan pendaki untuk menyerap peluh. Robert bukan Spiderman layar perak yang tidak akan terjatuh dan cedera parah. Sekurang-kurangnya tujuh kali dia terjatuh dengan kemalangan paling teruk berlaku pada 29 September 1982.
Dalam kejadian itu, dia tidak sedar diri selama lima hari dan banyak anggota tubuhnya patah serta menjalani enam pembedahan. Kecederaannya menyebabkan doktor meramalkan Robert lumpuh separuh badan dan tidak mungkin boleh mendaki lagi. Bagaimanapun enam bulan selepas itu, Robert kembali kepada aktiviti mendaki bangunan dan gunung. Bagi orang biasa, Robert boleh dianggap berani dan mungkin juga gila. Bagaimanapun, naluri manusianya menyebabkan dia juga berkahwin dan mempunyai tiga anak. Apabila kudrat manusia tidak lagi mengizinkan, anaknya yang kini turut berlatih bersamanya mungkin akan menjadi penggantinya.
FAKTA: Alain Robert
Dilahirkan di Valence, Drome, Perancis pada 7 Ogos 1962.
Mula memanjat bangunan pada usia 12 tahun.
Berjaya memanjat lebih 70 struktur gergasi di seluruh dunia meliputi bangunan dan menara.
Digelar Spiderman kerana memakai kostum watak popular komik Marvel.
Sering ditangkap kerana memanjat bangunan tanpa kebenaran, tetapi ini menyebabkannya terkenal.
Dua kali cuba menawan puncak Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat pada 1997 dan 2007. Hanya berjaya ke tingkat 60.
Terjatuh dari bangunan sebanyak tujuh kali.
Mempunyai tiga anak. Mereka juga berminat dan berlatih bersamanya mendaki gunung dan memanjat bangunan.
sumber di perolehi dari berita harian...sekian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan