salamm...rasanya dah dekat 3 bulan lebey weiii aku tak jenguk blog aku ni kuikui...
apa leh buat..bizi dengan keja jek skang ni..
tinggal 2 bln lagik nak tahun baru..kejapnyer masa berlalu adehh...
Ahad, 25 Oktober 2009
Ahad, 19 Julai 2009
Sabtu, 10 Januari 2009
Isnin, 1 Disember 2008
Pelakon Britain ditahan disyaki militan

MUMBAI 30 Nov. - Seorang aktor Britain yang berlakon sebagai pengebom berani mati dalam sebuah filem dokumentari televisyen di London, terselamat dalam serangan kumpulan militan di bandar ini, pada Rabu lalu.
Joey Jeetun, 31, bagaimanapun telah ditahan oleh polis kerana disyaki suspek dalam serangan tersebut.
Dia ditahan selama 13 jam di dalam sebuah lokap bersama-sama sekumpulan lelaki berketurunan Arab.
Jeetun memegang watak sebagai Shehzad Tanweer dalam filem dokumentari 7/7: Attack on London.
Ketika serangan kumpulan militan itu, dia berada di Cafe Leopold berhampiran Hotel Taj Mahal, lokasi popular di kalangan pelancong di bandar raya ini, yang merupakan salah satu sasaran serangan.
"Saya ketakutan, keliru dan tidak keruan. Sebagai aktor, anda boleh melakonkan pelbagai watak, tetapi ia bukan lakonan, tetapi kejadian sebenar," katanya kepada CNN.
Dalam satu temu bual dengan akhbar Times, London pula, Jeetun berkata, dia terselamat dalam serangan itu selepas kumpulan militan menganggap dia telah mati kerana badannya dipenuhi darah mangsa yang terkorban.
"Saya membuka mata selepas kira-kira lima minit (serangan) tamat. Terdapat banyak mayat di sebelah saya. Mereka mati ditembak di kepala," katanya.
Katanya, dia kemudiannya ditahan oleh polis kerana disyaki suspek dalam serangan tersebut.
"Mereka menyangka saya suspek, walaupun saya menyatakan saya seorang pelancong warga Britain," katanya kepada akhbar Daily Telegraph.
Menurut laman web aktor itu, ibu Jeetun berasal dari Kepulauan Mauritius, tetapi beliau dilahir dan dibesarkan di London.
Soi Lek hiris hati Melayu
BATU PAHAT 30 Nov. – Pucuk pimpinan Barisan Nasinal (BN) diminta bertindak tegas terhadap Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung kenyataannya menolak konsep ketuanan Melayu.
Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, ini kerana kenyataan tersebut telah menghiris hati masyarakat Melayu terutama ahli UMNO yang selama ini menjadi rakan baik MCA.Menurutnya, walaupun kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Soi Lek, namun ia lahir daripada seorang pemimpin yang sepatutnya menjadi sahabat dalam komponen BN.‘Kenyataan ini sangat menyinggung dan menghiris hati masyarakat Melayu,” katanya selepas merasmikan Sambutan Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Johor di Universiti Tun Hussein Onn, di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Soi Lek baru-baru ini bahawa konsep ketuanan Melayu di negara ini tidak lagi relevan dan ditolak rakyat pelbagai kaum.
Mohamad berkata, Soi Lek tidak seharusnya membuat kenyataan tersebut kerana ketuanan Melayu tidak bermaksud menghambakan orang bukan Melayu di negara ini.
“Ia sebenarnya bermaksud negara ini bertuankan Raja-Raja Melayu yang diamalkan sejak dahulu lagi,” katanya.
Menurutnya, walaupun negara ini dipertuankan oleh Melayu, namun masyarakat Melayu tidak pernah memusuhi malah sentiasa bertolak-ansur dengan kaum lain.
‘‘Sebagai rakan, pemimpin MCA sepatutnya menjaga sensitiviti orang Melayu tetapi apa yang berlaku mereka bersikap lebih daripada parti DAP,” katanya.
Beliau berkata, MCA perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan itu dan seterusnya mengambil tindakan terhadap Soi Lek.
Menurutnya, kenyataan tersebut sangat perkauman dan boleh merosakkan perpaduan

Ahad, 23 November 2008
waahh..dah lama beb!
hehehe...dah lama aku tak membuat catitan dalam ni..
lepas raya ari tu..dah tak jenguk akunyer blog ni..
pehh...
lepas raya ari tu..dah tak jenguk akunyer blog ni..
pehh...
Ahad, 28 September 2008
selamat hari raya aidilfitri
salamm..nampaknya ada 3 hari lagik kita nak beraya dahh..
kejap jek kan sebulan berpuasa..
apa pon,aku ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca yg beragama islam..
minta maap sekiranya ada ayat2 yang aku taip dlm blog aku ni yg menyinggung perasaan korang yer..
salammm..

Jumaat, 12 September 2008
Langgan:
Catatan (Atom)